Misteri Bilik Bernombor 403,203 & 450 Hotel Tiong Bahru Road

Misteri Bilik Bernombor 403,203 & 450 Hotel Tiong Bahru Road - Di sini saya ingin berkongsi kisah saya bekerja sebagai pegawai sekuriti di sebuah hotel di Tiong Bahru Road.
Hotel Tiong Bahru Road
Saya bekerja di hotel tersebut selama lapan bulan dan macam-macam perkara yang berlaku. Sebelum saya bekerja di situ, telah berlaku satu kejadian di mana seorang tetamu di hotel tersebut mati akibat serangan sakit jantung. Pada mulanya saya tidak percaya tetapi apabila kejadian yang sama berlaku, saya mula syak yang ada sesuatu yang tak kena dengan hotel tersebut.

Misteri Bilik Bernombor 403,203 & 450 Hotel Tiong Bahru Road

Ini adalah laporan dari buku catatan di pejabat utama (Front Office Log Book): “Guest from room 403 called and ask for assistance because he can’t breathe and he mentioned that his chest was in pain. I called an ambulance and straight away went to the room. Once I reached there, the guest was lying on the floor and didn’t move at all. When the ambulance came, they said that the guest had already passed away…” Itulah serba sedikit yang saya ingat tentang laporan dari buku catatan itu. Kejadian kedua berlaku dua bulan selepas tetamu yang pertama mati di bilik 403.
Kali ini di bilik 203. Perkara yang sama berlaku lagi. Sakit jantung dan tak dapat bernafas. Sekali lagi laporan yang sama ditulis dalam buku laporan. Apabila selesai segala urusan, saya menyemak balik rakaman CCTV di mana saya mendapati ada satu lembaga hitam di depan pintu bilik 203 sebelum tetamu itu membuat panggilan ke pejabat utama. Pada mulanya tiada apa-apa tapi apabila pintu lif terbuka dan empat orang lalu di depan bilik tersebut, lembaga hitam itu terus muncul di depan pintu bilik tersebut. Selang dua bulan, satu lagi kejadian berlaku.
Kali ini dari bilik 450. Tetamu tersebut terjun dari tingkat empat lalu mati di tempat kejadian. Yang menghairankan saya, tetamu itu tak memakai kasut tetapi memakai stokin. Menurut pekerja dari bahagian F&B, tetamu tersebut mabuk. Lagi memelikkan saya, pintu depan hotel terbuka dari sebelah luar dan pasu bunga di sebelah pintu telah dialihkan tanpa pengetahuan sesiapa. Tetamu tersebut jatuh lebih kurang dua inci dari pasu bunga dan pintu depan hotel. Posisi mayat tersebut bukan seperti orang terjun bunuh diri tetapi seperti orang tidur mengiring. Cuba bayangkan, kalau orang terjun bunuh diri, mesti ada salah satu anggota badannya patah atau bengkok, tetapi tetamu ini bukan seperti itu.
Pada malam kejadian itu, saya ada mengambil gambar mayat tersebut tanpa pengetahuan pihak atasan hotel dan pihak polis. Dan pada keesokan harinya, saya periksa telefon bimbit saya, gambar itu telah tiada. Yang paling pelik, kesemua tetamu tersebut adalah “Mat Saleh”, suka bawa perempuan balik ke bilik, minum arak dan menetap pada jangka waktu yang panjang. Kejadian ketiga adalah kejadian terakhir buat saya. Saya terus berhenti bekerja di hotel tersebut. - taikotai

Artikel Media RFM Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top